Tuesday, November 23, 2010

Pengunduran DS Rosmah Satu Kehilangan Buat UNISEL

Posted: 21 Nov 2010 10:39 PM PST

Satu-satunya insititusi milik kerajaan negeri Selangor yang dianggap masih punya 'pengaruh BN' di dalamnya pasca pilihanraya umum 2008 ialah Universiti Industri Selangor (UNISEL). Dengan kehadiran isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor sebagai Canselornya yang pertama, ramai pihak dalam pembangkang yang menguasai kerajaan negeri sejak Mac 2008 cuba menimbulkan rasa tidak puas hati pelajar UNISEL atas kedudukkan DS Rosmah walaupun selama 2 tahun pertama memegang jawatan itu, tiada apa masalah yang timbul.

Lagipun sebagai Canselor, bukanlah DS Rosmah terlibat secara langsung dalam pentadbiran harian universiti itu pun.

Sebagai sebuah universiti pertama di Malaysia yang ditubuhkan oleh sebuah kerajaan negeri, UNISEL merupakan sebuah universiti yang memberikan peluang pendidikan kepada lebih 12,000 pelajar dalam dan luar negara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang pengkhususan industri. Oleh itu, kehadiran DS Rosmah sebagai Canselor pada 2006 memang merupakan satu rahmat yang tidak ternilai kepada pelajar UNISEL kerana beliau merupakan seorang yang amat mementingkan pendidikkan anak-anak bermula dari peringkat rendah hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Berkelulusan Ijazah pertama dalam bidang Anthropology dan Sociology dari Universiti Malaya dan Sarjana Dalam bidang sains Sosiologi dari Universiti of Lousiana, USA DS Rosmah memang mempunyai latar belakang pendidikkan yang diperlukan untuk memimpin sebuah universiti seperti UNISEL.

Ketika DS Rosmah mula memegang jawatan Canselor pada 2006, pegajian peringkat tinggi yang ditawarkan UNISEL hanya sehingga peringkat Ijazah pertama. Selepas DS Rosmah menjadi Canselor, UNISEL kini mampu menawarkan pendidikkan tertinggi sehingga ke tahap sarjana!!

Justeru apabila DS Rosmah mengumumkan untuk tidak meneruskan tugas sebagai Canselor UNISEL berakhir pada Februari 2011, ia merupakan satu kehilangan yang besar kepada UNISEL khasnya dan bidang pendidikkan amnya. Kita bimbang tanpa kehadiran DS Rosmah, UNISEL bakal menerima nasib sebagaimana anak-anak syarikat kerajaan negeri lain yang tidak lagi mementingkan kepada bidang pengkhususannya tetapi benda-benda lain tidak berfaedah yang hanya menguntungkan kroni tertentu atas nama penganjuran majlis ulang tahun dan sebagainya.

Disamping itu. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor hari ini dilihat lebih mementingkan untung rugi walaupun dalam badan-badan bukan berasaskan keuntungan dibawah kendaliannya seperti Yayasan Selangor. Sebagai contoh, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pernah menutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) yang memberi peluang pendidikkan kepada anak-anak dari keluarga kurang berkemampuan untuk meneruskan pelajaran atas alasan tidak mendatangkan keuntungan.

Mentang-mentanglah diketuai oleh seorang Menteri Besar yang pernah 'cemerlang' memimpin syarikat berkaitan kerajaan dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional, maka semua benda mestilah ada asas untung rugi walaupun yang berkaitan dengan kebajikan rakyat seperti bidang pendidikkan ini.

No comments: