Sunday, August 29, 2010

Politik Harian: MEMORANDUM SSDE

Politik Harian: MEMORANDUM SSDE: "SELAMATKAN SELANGOR DARUL EHSAN KEPADA YAB MENTERI BESAR SELANGOR DARUL EHSAN MEMORANDUM MEMELIHARA KESUCIAN AGAMA ISLAM SERTA INSTITU..."

Tuesday, August 24, 2010


PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG - RAZMAN ZAKRI Subject: FW: PADERI MELAYUPLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO OTHER MUSLIMS.. SEKARANG KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN 1900 ORANG PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG. MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR. BERHATI- HATI DENGAN AIR MINERAL JENAMA:- 1. AL -BARAMKAH 2.AL-MANSORI 3. AL-BISTARIA P/S : SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA ATAU DIJUAL MURAH SEMUA AIR-AIR INI TELAH DICAMPUR DENGAN 'HOLY WATER' TOLONG SEBARKAN MESSAGE INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM/SAHABAT/SAHABIAH & DLL. SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM, AKAN TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN SEND MESSAGE NIE .. SEMOGA JASA BAIK INI DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT..
Makin melampau : Kedutaan kita dilontar najis!

Tunjuk perasaan membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa Indonesia oleh polis Malaysia yang diadakan di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini kecoh.Tunjuk perasaan yang disertai oleh anggota daripada Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) itu bermula dengan orang ramai membawa sepanduk mengecam Malaysia kerana menangkap anggota penguat kuasa negara berkenaan yang sedang menahan nelayan Malaysia yang menceroboh perairan Indonesia dekat Pulau Bintan.

Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila penunjuk perasaan membawa lima bungkus najis manusia dan mahu dilempar ke dalam Kedutaan Malaysia. Para penunjuk perasaan sempat memijak bendera Malaysia dan melepar sebungkus najis ke dalam kawasan kedutaan Malaysia dan ke atas Jalur Gemilang yang dibentang di atas tanah, apabila polis berpakaian biasa menangkap tiga penunjuk perasaan terbabit.

Suasana menjadi kecoh apabila para penunjuk perasaan mendesak rakan mereka dibebaskan.Mereka juga memberi amaran kepada polis supaya membebaskan penunjuk perasaan terbabit hari ini juga.Jika polis gagal berbuat sedemikian mereka akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia.

Sebelum ini anggota penguat kuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia menangkap tujuh nelayan Malaysia yang dituduh menceroboh perairan negara jiran itu.Bagaimanapun timbul kekecohan apabila anggota Pasukan Gerakan Marin cuba menghalang tindakan itu telah menangkap tiga anggota penguat kuasa terbabit.

Namun masalah itu diselesaikan secara diplomasi oleh kedua-dua negara apabila kesemua yang ditahan dibebaskan.Penyelesaian secara diplomasi itu bagaimanapun dianggap segelintir masyarakat Indonesia termasuk pertubuhan bukan kerajaan sebagai sikap yang terlalu berlembut dengan Malaysia dan kerajaan Indonesia tidak tegas mempertahankan kedaulatan negara berkenaan

Monday, August 23, 2010


Siapa yang sebenarnya RASIS!

Ini barulah rasis sebenar. Namun DAP tidak pernah menganggap ini sebagai rasis. Double standard parti yang mendakwa mereka sebagai parti demokratik rakyat. DAP membela pula Namewee dalam forum . Amat tidak masuk akal Tony Pua dan Lim Kit Siang membela Namewee yang mempermainkan azan. Jika Namewee ditahan, DAP akan cakap tidak adil. Inilah perangai DAP.

Namewee menghina azan seperti kokokan ayam dan hanya meminta maaf untuk menutup kesnya. Selepas itu, Namewee tidak pernah serik untuk terus bersikap biadap dan rasis termasuklah di pages Facebooknya. Mengapa tiada pasukan petugas untuk Namewee? Ini tidak sama rata sama adil. Pembohongan demi pembohongan dibuat oleh DAP untuk tutup kesalahan mereka. Namewee dibela habis habisan dan dimaafai tetapi pengetua yang beri analogi kereta tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya!

Perbuatan memijak gambar orang Melayu ini tidak rasis pula ( gambar DUN Bebas yang keluar PR di Perak ). DAP tidak pula menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat dan mendakwa anak dan bapak ini ( Keluarga Lim ). Minta maaf pun tidak. DAP sebenarnya memainkan isu pengetua sekolah yang dikatakan rasis untuk mengalihkan kemarahan rakyat tentang kebiaDAPan Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Selain membuat rakyat terlupa tentang tuntutan pemansuhan ekuiti Tony Pua dan kes kecurian pasir di Selangor. Isunya dialihkan ke jauh ke selatan dan utara (Sungai Petani).

DAP RASIS aka ZIONIS!!!

Tuesday, August 17, 2010

Sikap Talam Dua Muka Pakatan Rakyat Terhadap Kaum India




1. Perobohan kuil Muniswara di Pelabuhan Klang pada 11 Ogos 2010 oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) menunjukkan sikap talam dua muka Pakatan Rakyat terutamanya ahli Parlimen Klang, S. Manikavasagam dan Ahli Parlimen Kapar, Charles Santiogo.

2. Kedua-dua mereka yang kononnya bercakap bagi pihak kaum India tidak berbuat apa-apa untuk menghalang tindakan MPK tersebut. Mereka mendakwa tidak tahu menahu mengenai kejadian tersebut dan menyalahkan Majlis Perbandaran Klang sebagai pihak yang bertanggungjawab. Kedua-dua ahli Parlimen juga mempertahankan Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli MPK sebagai
tidak bersalah kerana ia dilakukan oleh PBT itu sendiri.

3. Namun masyarakat dan pemilik kuil tersebut telah pun mengetahui mengenai notis MPK agar mengosongkan premis sejak awal julai lalu kerana dibina secara tidak sah. Malangnya tiada usaha oleh kedua-dua ahli Parlimen ini dan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu ini termasuk memindahkan kuil ini. Sungguhpun Charles Santiago mendakwa ada perbincangan untuk menangguhkan notis tersebut namun jelas kerajaan negeri
tidak pernah mengarahkan MPK membatalkan notis tersebut. Adalah mustahil untuk pegawai MPK bertindak secara sewenang-wenangnya jika notis tersebut telah dibatalkan.

4. Semasa kerajaan Barisan Nasional dahulu, mereka ini dengan lantang menyalahkan Menteri Besar dan kerajaan negeri atas kes perobohan kuil Hindu biarpun ketika itu jelas ia merupakan arahan Mahkamah dan pemilik kuil telah mendapat pampasan.

5. Hari ini kerana mereka telah menjadi kerajaan maka kerajaan tidak lagi bersalah kerana tidak tahu tindakan yang diambil oleh MPK. Para pegawai MPK yang menjalankan tugas pula dijadikan “kambing hitam”.

6. YB. Charles Santiogo juga mahukan tindakan diambil ke atas Pegawai Daerah, Bakhtiar Hussien biarpun pegawai tersebut mendakwa beliau berada di luar kawasan dan tidak tahu menahu mengenai tindakan yang diambil. Mengapa mereka mahu tindakan diambil ke atas Bakhtiar tetapi tidak EXCO yang bertanggungjawab mengenai rumah Ibadat bukan Islam? Apakah kerajaan negeri boleh lepas tangan dengan kenyataan tidak tahu tetapi Bakhtiar
harus dihukum biarpun ia berada dalam situasi yang sama dengan kerajaan negeri iaitu tidak tahu.

7. Ini bukan kali pertama kejadian merobohkan kuil dilakukan oleh kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Pada 28 September 2008, kuil Sri Maha Kaliamman di Ampang Jaya juga telah dirobohkan. EXCO Kerajaan Negeri YB Dr Xavier Jayakumar memberi alasan yang hampir sama iaitu “arahan merobohkan kuil Sri Maha Kaliamman dibuat oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di
luar pengetahuan kerajaan Selangor.”

8. Setiap kali berlaku sebarang perobohan kuil atau apa sahaja yang boleh memberi kesan buruk kepada imej kerajaan negeri, mereka akan mengeluarkan kenyataan tidak tahu dan menyalahkan pegawai kerajaan. Sampai bila mereka mahu menjadi kerajaan yang serba tidak tahu dan menyelahkan pihak lain?

9. MIC Selangor khuatir dalam isu perobohan kuil ini kerajaan negeri hanya berpura-pura tidak merestui tetapi dalam masa yang sama mengarahkan para pegawai menjalankan tugas mengikut peraturan dan notis yang telah dikeluarkan.

10. Sebagai sebuah parti yang memerintah adalah tugas dan tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah bukannya menyalahkan pihak lain seperti mana ketika mereka menjadi pembangkang.

11. MIC Selangor melihat tidak ada tindakan pro aktif membincangkan isu kuil tidak berdaftar secara tuntas dan bersungguh seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan negeri sebelum Pilihan raya 2008. Kita percaya sekiranya BN terus memerintah, isu kuil hindu tidak berdaftar ini telah
dapat diselesaikan berdasarkan perjumpaan YAB Menteri Besar ketika itu dengan seluruh pemilik kuil Hindu di Selangor. Malangnya perkara ini terhenti apabila kepimpinan kerajaan negeri bertukar tangan.

12. Justeru kita menggesa Pakatan bukan sekadar bermain sandiwara bagi menaikkan emosi penganut Hindu tetapi mencari jalan menyelesaikan isu kuil hindu di Selangor. Tiga tahun bukan satu jangka masa yang pendek untuk menyelesaikan isu ini. Malangnya sikap seperti ayam bertelur sebiji riuh sekampung menyebabkan banyak isu gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri
hari ini.

13. Alangkah malangnya apabila masyarakat India mendapat pemimpin dalam Pakatan yang berpura-pura mengambil berat kebajikan mereka. Hanya riuh rendah apabila perkara telah berlaku dan akhirnya diam semula setelah isu sejuk.

14. Sehingga hari ini belum nampak kebajikan kaum India terjaga lebih baik seperti mana yang dilaungkan oleh mereka dalam kempen pilihan raya lalu. Kuil dan tempat suci agama Hindu terus dirobohkan, peruntukkan pendidikan pun wujud unsur penyelewengan. Kebajikan kepada orang India di ladang juga
tidak dipedulikan biarpun janji mereka kepada masyarakat India dan laungan Makkal Sakthi mereka semasa pilihan raya lalulah yang membantu mereka menang di Selangor.

15. Apa yang jelas rakyat Selangor hari ini hanya mendapat sebuah kerajaan yang bersikap tidak tahu dan menyalahkan orang lain sahaja. Sudah berkuasa pun masih bersikap seperti pembangkang.

Wednesday, August 4, 2010

GEMPARRRR!!!!! Bekas penyelaras PKR kawasan Dewan Undangan Negeri Ijok, Azmi Muhammad membuat satu laporan polis di ibu pejabat polis daerah Klang Rabu meminta disiasat kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kelmarin yang didakwanya berbau ugutan terhadap Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam berhubung dengan skandal curi pasir.

Beliau mendakwa kenyataan itu untuk melindungi adik Khalid yang ada kaitan dengan syarikat pasir. Tan Sri Khalid yang juga Pengerusi PKR Selangor merupakan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok.

Khalid Braem kenalah jawab semua persoalan ini. Ker... nak minta tolong DAP... Yelakan, DAP sekarang ni kan memonopoli Pakatan... PAS suda tak boleh pakai...


bila dah bergaul dengan Ronnie Liu dan gang cat merah, jenayah curi pasir dihalalkan. Cat merah lambang komunis. Pemimpin PR mencari kekayaan peribadi dan sibuk berpolitik. Sebelum berkuasa benci rasuah konon. Bila dah berkuasa jadi penyamuuuun. MB kepala penyamun. PKR umpama pengarah filem,PAS jadi pelakun dan DAP penerbit dan penulis skrip. Tajok cerita PASIR ROBOH DI PINGGIR KALI.

SELAMATKAN DUN IJOK DAN NILAIKAN MANIFESTO SEMASA PRU KE-12

RAKYAT DUN IJOK YANG DI KASIHI...MANIFESTO PRU KE 12 OLEH BARISAN ALTERNATIF TELAH DI PERSEMBAHKAN KEPADA TUAN DAN PUAN SEMASA KEMPEN PRU 12-

SILA KAJI DAN NILAIKAN SEMULA SETAKAT MANA JANJI-JANJI PRU 12 BARISAN ALTERNATIF DI LAKSANAKAN

JANJI TINGGAL JANJI
YANG TERJADI KRONI MB SELANGOR TERUS MENJADIKAN K.S.S.B SEBAGAI
LUBANG MENGUMPULKAN HARTA UNTUK DANA MENIPU RAKYAT SELANGOR