Tuesday, November 23, 2010

ISU AIR SELANGOR : PEMBOHONGAN PAKATAN SELANGOR (BAHAGIAN 1)

PEMBOHONGAN PAKATAN SELANGOR

KENYATAAN MENTERI BESAR SELANGOR.
kalid ibrahim menyatakan bahawa SYABAS telah membeli syarikat PUAS daripada kerajaan negeri selangor.

FAKTA SEBENAR.
syarikat PUAS tidak dijual kepada SYABAS, sebaliknya ia telah diswastakan. maksud perkataan 'dijual' dan 'diswastakan' membawa erti yang berbeza.

penswastaan syarikat PUAS adalah bertujuan untuk menambahbaik kan lagi mutu perkhidmatan air di selangor.

rakyat selangor secara umumnya cukup berpuashati dengan kualiti bekalan air yang yang telah dibekalkan oleh SYABAS jika dibandingkan dengan JABATAN AIR SELANGOR (JBA) tidak lama dahulu.

kakitangan syarikat PUAS tidak dibuang kerja sepertimana dakwaan dan fitnah dari kalid ibrahim. kesemua mereka telah diserapkan ke syarikat SYABAS.

kalid ibrahim tokoh koporat merupakan manusia pembohong. dia mengelirukan rakyat selangor tentang fakta yang jelas akan maksud 'pembelian' atau 'penswastaan'.

MENTERI BESAR PEMBOHONG !
(klik gambar di bawah dan sebarkan kepada rakyat selangor )

ISU AIR SELANGOR : PEMBOHONGAN PAKATAN SELANGOR

17 fakta menerangkan pembohongan kalid ibrahim dan pakatan selangor akan dilakukan oleh kami.

FAKTA MENERANGKAN PEMBOHONGAN KALID DAN PAKATAN DALAM ISU AIR DI SELANGOR.

17 siri fakta yang padat,tepat dan benar ini akan sama sekali menelanjangkan pembohongan kerajaan pakatan selangor .

kaedah penyampaian 17 siri ini mudah dan cukup mesra pengguna.

selain menyiarkan dalam laman blog, pihak kami juga meminta agar puluhan ribu pembaca blog anti pakatan untuk turut serta dalam sesi gerakan rakyat menentang pembohongan kalid dan pakatan selangor.

APA YANG HARUS ANDA LAKUKAN ?

1) email kepada seluruh rakan anda akan setiap siri yang kami dedahkan.
2) print dan sebarkan kepada rakan sepejabat,orang kampung dll.
3) linkkan setiap fakta dalam facebook,twitter.

rakyat selangor tidak sanggup lagi dibohongi oleh pakatan dengan mainan politik manipulasi dan sensasi. cukuplah dengan retorik politik. 3 tahun memerintah keadaan semakin kalut.

cerita basi tentang pemberian 20 meter padu air kepada rakyat dah tepu. takkan itu sahaja yang mampu diberikan kepada rakyat ?

nantikan fakta pertama jam 1 petang nanti.

Pengunduran DS Rosmah Satu Kehilangan Buat UNISEL

Posted: 21 Nov 2010 10:39 PM PST

Satu-satunya insititusi milik kerajaan negeri Selangor yang dianggap masih punya 'pengaruh BN' di dalamnya pasca pilihanraya umum 2008 ialah Universiti Industri Selangor (UNISEL). Dengan kehadiran isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor sebagai Canselornya yang pertama, ramai pihak dalam pembangkang yang menguasai kerajaan negeri sejak Mac 2008 cuba menimbulkan rasa tidak puas hati pelajar UNISEL atas kedudukkan DS Rosmah walaupun selama 2 tahun pertama memegang jawatan itu, tiada apa masalah yang timbul.

Lagipun sebagai Canselor, bukanlah DS Rosmah terlibat secara langsung dalam pentadbiran harian universiti itu pun.

Sebagai sebuah universiti pertama di Malaysia yang ditubuhkan oleh sebuah kerajaan negeri, UNISEL merupakan sebuah universiti yang memberikan peluang pendidikan kepada lebih 12,000 pelajar dalam dan luar negara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang pengkhususan industri. Oleh itu, kehadiran DS Rosmah sebagai Canselor pada 2006 memang merupakan satu rahmat yang tidak ternilai kepada pelajar UNISEL kerana beliau merupakan seorang yang amat mementingkan pendidikkan anak-anak bermula dari peringkat rendah hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Berkelulusan Ijazah pertama dalam bidang Anthropology dan Sociology dari Universiti Malaya dan Sarjana Dalam bidang sains Sosiologi dari Universiti of Lousiana, USA DS Rosmah memang mempunyai latar belakang pendidikkan yang diperlukan untuk memimpin sebuah universiti seperti UNISEL.

Ketika DS Rosmah mula memegang jawatan Canselor pada 2006, pegajian peringkat tinggi yang ditawarkan UNISEL hanya sehingga peringkat Ijazah pertama. Selepas DS Rosmah menjadi Canselor, UNISEL kini mampu menawarkan pendidikkan tertinggi sehingga ke tahap sarjana!!

Justeru apabila DS Rosmah mengumumkan untuk tidak meneruskan tugas sebagai Canselor UNISEL berakhir pada Februari 2011, ia merupakan satu kehilangan yang besar kepada UNISEL khasnya dan bidang pendidikkan amnya. Kita bimbang tanpa kehadiran DS Rosmah, UNISEL bakal menerima nasib sebagaimana anak-anak syarikat kerajaan negeri lain yang tidak lagi mementingkan kepada bidang pengkhususannya tetapi benda-benda lain tidak berfaedah yang hanya menguntungkan kroni tertentu atas nama penganjuran majlis ulang tahun dan sebagainya.

Disamping itu. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor hari ini dilihat lebih mementingkan untung rugi walaupun dalam badan-badan bukan berasaskan keuntungan dibawah kendaliannya seperti Yayasan Selangor. Sebagai contoh, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pernah menutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) yang memberi peluang pendidikkan kepada anak-anak dari keluarga kurang berkemampuan untuk meneruskan pelajaran atas alasan tidak mendatangkan keuntungan.

Mentang-mentanglah diketuai oleh seorang Menteri Besar yang pernah 'cemerlang' memimpin syarikat berkaitan kerajaan dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional, maka semua benda mestilah ada asas untung rugi walaupun yang berkaitan dengan kebajikan rakyat seperti bidang pendidikkan ini.

KDEB BANGKRAP 2011???


Anak Syarikat Kerajaan Negeri ini berisiko Bangkrap
jika kerajaan negeri terus gagal menyelesaikan isu air yang semakin hangat diperkatakan
KDEB yang dahulunya sangat GAH dengan keuntungan yang dicapai
kini terpaksa melalui zaman kemerosotan akibat diarahkan
kerajaan negeri untuk membayar 114juta setahun kepada syabas...
Difahamkan KDEB sekarang ini menanggung hutang yang amat tinggi kepada Syabas
dek kerana janji politik Pakatan pemerintah..

Kadang KP rasa kesian tengok Datuk Karim Munisar
pening memikirkan kerajaan negeri yang sibuk tabur janji tapi akhirnya
Anak Syarikat yang menanggung beban..
Tugas anak syarikat mencari keuntungan untuk jana ekonomi selangor
tapi Tugas KDEB hari ini terpaksa habiskan duit semata-mata
nak tunai janji mengarut Regim Khalid Ibrahim

Wednesday, November 17, 2010

DAP Pulau Pinang Menindas Lagi Umat Islam

7 Julai 2010, 200 orang penduduk di Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong berdemonstrasi untuk menuntut tanah mereka dan tanah perkuburan lot 21/22 tidak diambil untuk projek perumahan mewah. 21 Ogos 2010, Arif Ibrahim (ahli PAS kawasan Tanjong) yang sudah marah dengan Guan Eng bila gagal menyelesaikan masalah tanah perkuburan lot 21 dan 22 di Masjid Jelutong telah bertindak menghalang kereta Lim Guan Eng.

15 Oktober 2010, selepas solat Jumaat, penduduk yang sama membuat demonstrasi untuk menuntut hak lot 21/22 tanah kubur orang Islam supaya tidak dimajukan. Namun kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mempedulikan masalah orang penduduk Islam yang berdemo, menghalang kereta Guan Eng dan merintih meminta agar hak mereka tidak dirampas untuk keuntungan berlipat ganda pemaju. Renteran kemarahan penduduk ini membuktikan bahawa DAP memang tidak berhasrat untuk membela nasib orang Islam di Pulau Pinang. Ditindas, dihalau dan dianaiya di tanah tumpah darah sendiri. Ini pengajaran besar untuk orang-orang PAS yang masih lagi taksub dengan DAP

GEMPAR - Perletakkan Jawatan Beramai Ramai Di Setiap Cabang PKR Bermula Hari Ini





Semua Dusta Palsu. Aku tertipu, akhirnya perletakkan jawatan berlaku secara beramai ramai. Inilah akibatnya jika Parti yang di cipta hanya kerana untuk Anwar Ibrahim semata mata Hancur Rebah bila masaalah yang sama juga menghancurkan parti ini.

Cabang Cabang PKR akan melakukan perletakkan jawatan mereka dalam masa terdekat. Kepercayaan kepada Parti PKR nampaknya semakin menghilang.

Apakah ini semua kerja Jahat UMNO?

Bila Raja Petra Belasah Anwar, Patut Sedarkan Penyokong PKR

Bila Raja Petra Belasah Anwar, Patut Sedarkan Penyokong PKR

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyeru agar penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) bermuhasabah diri bagi melihat siapa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya.

Menurutnya, Anwar sanggup melakukan apa sahaja termasuk menikam orang lain dari belakang demi mencapai apa sahaja yang dihajati.

“Oleh itu, saya menyeru kepada pengikut Anwar supaya bermuhasabah diri, renungkan sejarah pemimpin yang ada puja, lihat siapa dia yang sebenar, paling penting jangan menipu diri sendiri bahawa anda tahu Anwar sememangnya manusia licik,” katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tidakan Raja Petra Kamaruddin membidas Anwar kerana tindakan Anwar yang mengingatkan ahli PKR supaya berhat-hati dengan ‘kuda trojan’ yang dipercaya dirujuk kepada Datuk Zaid Ibrahim.

Raja Petra yang selama ini menjadi ‘senjata sulit’ Anwar mendakwa ketua pembangkang itu juga merupakan ‘kuda trojan’ dalam UMNO suatu ketika dahulu.

Menurut Raja Petra, mengapa kesetiaan Zaid dipersoal kerana mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden sehingga digelar pengacau sedangkan Anwar juga berbuat demikian sewaktu mencabar jawatan Ketua Pemuda UMNO pada tahun 1982.

Perkembangan terbaru dalam kemelut dalaman PKR membuktikan bahawa penubuhan parti itu hanya untuk memenuhi agenda peribadi Anwar yang terlalu ghairah untuk mengejar impian menjadi Perdana Menteri .

Rosnah menjelaskan, bermula dengan tindakan beberapa wakil rakyat PKR keluar meninggalkan parti itu sehinggalah kepada yang terkini dakwaan Raja Petra Kamarudin bahawa Anwar juga merupakan pengacau dan kuda Trojan dalam UMNO pada satu ketika dulu.

“Ini menjadi bukti yang amat kukuh bahawa PKR hanyalah untuk Anwar dan kroninya, bukan untuk memperjuangkan kepentingan rakyat.

“Pendedahan atau kenyataan dari orang yang pernah rapat dengan Anwar terutama Zaid Ibrahim dan Raja Petra patut direnung oleh rakyat. Sekarang adalah masa yang amat sesuai untuk semua pihak melihat siapa Anwar sebenarnya. Saya percaya, lebih banyak pendedahan akan menyusul selepas ini,” ujarnya.

Sunday, November 14, 2010

Kantoiii.. Budak Yang Bawak Sosej Babi Tu Anak Ahli PKR.


Kontroversi budak bernama Basil Anak Beginda membawa sosej babi di Sekolah St. Thomas baru-baru ini bertukar menjadi isu lebih besar apabila media melapurkan bapa budak tersebut, NOR AZMAN BIN ABDULLAH @ BEGINDA membuat pengakuan bahawa sebenarnya beliau sudah murtad daripada Islam!!!

Dalam kenyataan beliau yang disiarkan oleh beberapa media utama hari ini, Nor Azman mengaku bahawa sememangnya beliau dahulu beragama Islam, tetapi telah murtad dan kini memakai nama Beginda Anak Minda dengan catatan rasmi tanpa agama.

Malahan beliau dikatakan mengesahkan telah mendapat identiti baru melalui MyKad yang diberikan kepadanya pada tahun 2004 dengan nama dicatat sebagai ‘Beginda Anak Minda’.

Ini adalah isu besar bagi umat Islam. Nor Azman adalah seorang Muslim. Saya mengenali beliau sebagai seorang Muslim. Nor Azman adalah antara saksi utama bagi pembelaan kes liwat Anwar dahulu. Beliau juga adalah ahli PKR dan calun PKR bagi PRU 10 di kerusi Parlimen P.188 Kapit (1999) dan calun PKR bagi PRN Sarawak 2001 di kerusi N.24 Engkelili.

Patutla pas beria-ia mempertahankan budak tu dan bapaknya, dr. dzulkefly hari tu mengamuk sakan pasal budak tu kena rotan pasal bawak sosej babi ke sekolah, rupa-rupanya yang murtad tu puak-puak dia juga, tapi apa bestnya tu, malaysia kini langsung tak bagi tau yang jantan yang murtad tu pernah jadi ahli pkr malah pernah bertanding dua kali atas tiket pkr. nampak sangat malaysiakini nak cover pkr.

TAHNIAH DATO NALLA BANTAI PEMIMPIN PAS!!!

"Pada bila-bila masa dan di mana sahaja saya bersedia untuk bertemu pemimpin Pas bagi mendedahkan wajah sebenar Anwar dan kenapa dia terlalu sayang kepada Azmin sehingga boleh menjejaskan masa depan pakatan pembangkang sendiri.

"Saya malu bila tengok pemimpin Pas yang alim boleh terpengaruh dengan Anwar dan saya tidak kisah mereka tidak mahu menerima pandangan saya selepas pertemuan kelak asalkan saya telah melunaskan tanggungjawab untuk menyatakan kebenaran.

"Hasrat ini adalah kerana saya amat menghormati pemimpin Pas dan sebagai bukti sehingga hari ini saya tidak pernah membuat kenyataan mempertikaikan mereka," katanya sewaktu dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kepada PAS sudikah sahut cabaran rakan karib anwar selama 30 tahun ini???