Wednesday, November 17, 2010

DAP Pulau Pinang Menindas Lagi Umat Islam

7 Julai 2010, 200 orang penduduk di Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong berdemonstrasi untuk menuntut tanah mereka dan tanah perkuburan lot 21/22 tidak diambil untuk projek perumahan mewah. 21 Ogos 2010, Arif Ibrahim (ahli PAS kawasan Tanjong) yang sudah marah dengan Guan Eng bila gagal menyelesaikan masalah tanah perkuburan lot 21 dan 22 di Masjid Jelutong telah bertindak menghalang kereta Lim Guan Eng.

15 Oktober 2010, selepas solat Jumaat, penduduk yang sama membuat demonstrasi untuk menuntut hak lot 21/22 tanah kubur orang Islam supaya tidak dimajukan. Namun kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mempedulikan masalah orang penduduk Islam yang berdemo, menghalang kereta Guan Eng dan merintih meminta agar hak mereka tidak dirampas untuk keuntungan berlipat ganda pemaju. Renteran kemarahan penduduk ini membuktikan bahawa DAP memang tidak berhasrat untuk membela nasib orang Islam di Pulau Pinang. Ditindas, dihalau dan dianaiya di tanah tumpah darah sendiri. Ini pengajaran besar untuk orang-orang PAS yang masih lagi taksub dengan DAP

No comments: