Monday, May 23, 2011

Pena Dari Tanah Melayu: SSDE ROADSHOW DUN IJOK

Pena Dari Tanah Melayu: SSDE ROADSHOW DUN IJOK: "SSDE ROADSHOW DUN IJOK yang diadakan pada 22 Mei 2011 di Lot 130 Jalan Pakat, Batu 4 Ijok, Bestari jaya hari ini menampakkan penambahan da..."

Tuesday, April 19, 2011

Terkini: Tujuan Anwar ke London terbongkar !!!

Lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke London telah menimbulkan pelbagai persoalan kerana tidak seperti lawatan sebelumnya, kali ini tidak dinyatakan secara spesifik matlamat lawatan tersebut.

Tambahan pula lawatan itu tidak ditemani oleh isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mahu anak-anaknya.

Anwar bertolak ke London pada malam 15 April (malam sebelum pengundian di Sarawak) menaiki MH 2357 dan turut difahamkan baru semalam (18 April) bertolak dari London ke Osaka, Jepun untuk menghadiri program bersama penajanya The Nippon Foundation dan The Sasakawa Peace Foundation (SPF). Klik di sini.

Bermakna Anwar menghabiskan masa sekurang-kurang dua hari di Eropah dengan objektif yang tidak diberitahu kepada umum.
Sebelum ke London, difahamkan Anwar turut transit sementara di Dubai.
Menurut myspace.com/aicassociates, Dubai merupakan salah satu pejabat Anwar Ibrahim, selain Kuala Lumpur dan Washington di bawah badan yang dinamakan Anwar Ibrahim Counsulting Associates (AICA). Klik di sini

Bekas inner circle Anwar (yang tidak perlu disebut namanya) yang pernah melawat melawat pejabat Anwar di Dubai menyebut salah seorang pekerjanya di Dubai adalah gay, namun tidak dapat dipastikan sejauhmanakah kebenaran dakwaan tersebut.

Tuesday, January 11, 2011