Friday, July 30, 2010

KERAJAAN SELANGOR SEDIA BERBELANJA BESAR UNTUK TIPU RAKYAT


PUTRAJAYA, 27 Julai – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar mengibaratkan kerajaan negeri Selangor seperti “ayam bertelur sebiji riuh sekampung” dalam mempromosikan keberkesanan pentadbirannya.

Beliau berkata, kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR berbelanja lebih untuk promosi dan publisiti sehingga rakyat mudah terpengaruh.

“Kelemahan kita (Barisan Nasional) pula kurang buat promosi,” kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu kepada pemberita selepas melancarkan Program Anak Angkat Lepasan Siswazah Tani Universiti Pertanian Malaysia di sini hari ini.

Noh mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilaporkan akan memperuntukkan RM15 juta bagi program penerangan kepada rakyat negeri itu.

Dilaporkan peruntukan RM15 juta tersebut dikatakan bersamaan dengan RM3 untuk setiap 5.2 juta penduduk Selangor di mana dana itu akan digunakan untuk menyebarkan maklumat melalui portal TVSelangor, Selangor Kini dan juga akhbarnya.

“Mengapa guna duit rakyat untuk tipu rakyat? Tetapi saya tidak hairan kalau peruntukkan itu RM50 juta atau RM100 juta sekalipun. Ia memang kaedah mereka untuk bercakap, berkempen untuk kelirukan rakyat,” katanya.

Noh berkata, kaedah promosi PKR itu juga boleh disamakan seperti sebuah syarikat besar yang berbelanja besar bagi produk mereka.

“Barang kalau lebih iklan, barang tak berkualiti pun akan buat orang terpengaruh. Lihat saja barangan syarikat besar cukup mudah dikenali kerana belanja promosi yang besar tetapi kualiti belum tentu.

“Bagi syarikat kecil pula walau kualiti barangan bagus tetapi tiada duit untuk buat iklan, hanya bergantung pada kementerian untuk promosi, maka walau produk bagus sekalipun, ia tidak akan begitu dikenali.

“Begitu juga politik. Pembangkang tak buat apa-apa tetapi kerana promosi lebih, rakyat nampak seolah-olah Kerajaan Negeri Selangor buat kerja untuk pembangunan rakyat. Tetapi kalau anda pergi “on the ground” apa yang kerajaan PKR telah buat,” katanya.

Beliau berkata, PKR sedang membawa budaya tidak ikhlas, budaya menunjuk-nunjuk, budaya menghebahkan apa yang telah dibuat.

“Selama empat penggal menjadi wakil rakyat, saya rasa malu, rasa tidak ikhlas kalau saya uar-uarkan apa yang saya buat. Kita ikut prinsip Islam, tangan kanan memberi, tangan kiri tak tahu,” kata Noh. -bernama



PENDUDUK BUAT LAPORAN POLIS BIMBANG PENCEROBOHAN PASIR BERLELUASA

BESTARI JAYA : lebih 10 penduduk kampung Bestari Jaya membuat laporan polis kerana bimbang pencerobohan tanah akan menjadi berleluasa tanpa dikenakan tindakan undang undang, semalam.
Berikutan tinjauan pihak media pada 26 Julai lalu ke tapak lokasi pengambilan pasir di Bestari Jaya, pihak kontraktor masih tidak berganjak atau memberhentikan tindakan walaupun telah dinyatakan kebimbangan penduduk di situ.
Yeop Mat Sanip, Ketua JKKKP Kampung Bestari Jaya dalam laporan polis yang dibuatnya menyatakan kembimbangan pihak kontraktor perlombongan pasir Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) yang menjalankan aktivitinya berhampiran dengan kawasan perumahannya.
"Penduduk kampung kami juga bimbang dengan aktiviti melombong pasir ini mungkin merosakkan harta benda dan rumah mereka."
"Mereka juga telah merosakkan sistem perairan dan sumber air di kampung ini yang mana ada penduduk kampung yang mengail ikan sebagai hasil pendapatan akan mengalami kerugian," katanya.
Malah, Seramai lebih 3000 penduduk di sini serta hampir 5000 penuntut Universiti Industri Selangor (UNISEL) di sini diancam kebimbangan kerana kawasan perlombongan yang amat hampir dengan asrama dan kawasan perumahan.
"Mereka menggunakan mesin pam dan 'pontoon' yang boleh menyedut pasir hingga ke kawasan dasar dan kita tidak dapat dipastikan kemusnahan yang mereka telah lakukan."
"Kami bimbang penggunaan mesin ini akan mendatangkan bencana seperti tanah mendap, runtuh ataupn banjir yang boleh mengancam nyawa penduduk di sini," katanya.
Yeop juga inginkan penjelasan tentang pemberian 10% hasil keuntungan perlombongan yang akan disalurkan ke kampung itu tetapi sehingga ini masih tiada khabar berita.
"Saya berharap aktiviti melombong pasir ini dapat dihentikan serta merta demi mengelakkan kejadian bencana yang tidak diingini dari berlaku di kampung kami," katanya.
Sementara itu, Mohd. Nazeri Noor Mohamad, Ahli Jawatankuasa Kampung dan mewakili penternak kambing susu menyatakan aktiviti melombong pasir amat hampir dengan lokasi ternakan beliau.
"Pihak kontraktor juga secara tidak langsung telah memecahkan ban di Sungai Selangor hingga memberikan kesan aliran sungai masuk ke kawasan lombong."
"Aktiviti perlombongan pasir ini juga memberikan kesan tanah runtuh di kebun kelapa sawit berhampiran hingga menyebabkan beberapa kawasan banjir sekiranya hujan berlarutan," katanya.
Malah, Mohd. Nazeri mendakwa pihak kontraktor telah menyalahgunakan permit melombong pasir dengan menyedut pasir sungai serta mencemarkan sumber dan hidupan air disitu.

Monday, July 26, 2010


Lagi Hak Orang Melayu cuba dikikis oleh DAP!!!

" Mansuh diskaun hartanah "...

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mencadangkan agar kerajaan negeri memansuhkan dasar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor. Katanya, langkah itu mampu memberi kesan ekonomi yang l...ebih baik kepada kerajaan Selangor dari segi persaingan termasuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah di negeri itu.

Menurutnya, tidak ada sebab diskaun bumiputera dikekalkan melibatkan kedua-dua jenis hartanah itu kerana sudah tentu bumiputera yang terlibat dalam pemilikan tersebut adalah mereka yang berkemampuan. ''Jadi adalah wajar diskaun kepada bumiputera untuk pemilikan hartanah ini tidak dikekalkan kerana ia melibatkan nilai yang tinggi.

''Maknanya, bumiputera perlu berdikari dalam soal pemilikan hartanah berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Menurut Tony, pemansuhan diskaun itu mampu memberi kesan positif kepada ekonomi Selangor kerana selain mewujudkan nilai hartanah yang stabil ia juga menjadikan pasaran lebih adil. Beliau berkata, sekiranya projek pembangunan hartanah itu melibatkan penglibatan kerajaan negeri, pemansuhan diskaun memberi keuntungan kepada kerajaan negeri berdasarkan nilai pasaran semasa dan hasilnya boleh disalurkan membantu pihak lebih memerlukan.

Bagaimanapun, katanya, cadangan tersebut hanya melibatkan nilai hartanah melebihi RM500,000 ke atas. Tony yang juga Penasihat Ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP turut mengkritik pelaksanaan diskaun itu yang disifatkannya tidak adil kerana mungkin digunakan oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. ''Diskaun sebanyak tujuh peratus itu membolehkan pihak tertentu khususnya orang tengah mendapatkan hartanah dengan harga rendah kemudian dijual pada harga lebih tinggi,'' katanya.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan negeri mengkaji semula pemberian tanah kepada anak syarikatnya yang dilihat tidak membantu dalam pembangunan hartanah di Selangor. Menurutnya, kerajaan negeri didapati mempunyai kira-kira 50 hingga 80 anak syarikat yang kesemuanya terlibat dengan pembangunan hartanah di negeri ini. ''Keadaan ini menunjukkan kerajaan negeri memberi subsidi kepada banyak anak syarikat untuk mendapatkan tanah yang murah bagi menjalankan pembangunan berkenaan. ''Keadaan ini tidak akan menjadikan sektor hartanah di Selangor kompetitif," katanya.

Apa sebenarnya muslihat DAP ???

Berita terkini!!!

WOW..PR Selangor tengah kepanasan..!!!
TS Khalid Ibrahim umum hari ini yang kerajaan Selangor nak bagi dana sebanyak RM 15juta kepada media internet dan cetak tajaannya untuk melawan media BN.


GEMPAR : KENYATAAN MEDIA ANUAR SHARI!

1. Saya merujuk kepada laporan polis yang telah dibuat oleh Datuk Nallakarupan pada 24 Julai 2010 di Balai Polis Brickfields berhubung ugutan peguam Manjeet Singh Dhillon "yang mahu memotong kepala saya dan berjalan di jalan raya". Laporan polis tersebut telah mendapat liputan medi...a cetak dan elektronik di dalam negara.

2. Semua rakyat Malaysia dijamin hak mereka dalam perlembagaan termasuklah dalam hal kebebasan bersuara. Namun semua rakyat Malaysia juga tertakluk kepada undang-undang negara termasuklah Ketua Pembangkang dan pengamal undang-undang yang saya pasti lebih tahu kesan dari perbuatan dan percakapan mereka.

3. Saya menegaskan bahawa tidak gentar samasekali dengan ugutan tersebut dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menangani isu ugutan ini. Ini kerana saya berkeyakinan penuh terhadap sistem keselamatan dan keadilan negara memberi keadilan kepada rakyatnya.

4. Perlu saya tegaskan di sini bahawa saya bertanggungjawab penuh dengan kenyataan yang telah saya buat meminta Manjeet, Amarjit dan Americk Singh membuat penjelasan tentang hubungan mereka dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya akan tetap kekal berada di dalam negara dan tidak akan lari ke luar negara atau berlindung di mana-mana kedutaan asing walaupun telah mendapat ugutan bunuh dari Manjeet Singh Dhillon.

5. Saya juga amat hairan dengan sikap Manjeet yang beria-ia tidak mahu dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar. Apakah ini kerana beliau takut dengan pendedahan ini, masyarakat Malaysia akan dapat melihat kaitan Datuk Seri Anwar dengan Raja Petra Kamarudin dan P. Balasubramaniam. Jika ini dapat dikaitkan, maka akan terbongkarlah siapa penaja sebenar Raja Petra dan Balasubramaniam di luar negara.

6. Namun saya kira penafian Manjeet ini sudah terlambat. Ini kerana rakyat Malaysia sudah matang menilai serta boleh melihat kaitan di antara Datuk Seri Anwar serta PKR dengan Raja Petra dan Balasubramaniam dalam misi mereka memburuk-burukkan imej Malaysia dari luar negara.

7. Episod ugut ini juga mendedahkan 'Harapan Baru Buat Malaysia' anjuran Datuk Seri Anwar iaitu politik ugut dan saman serta politik bermuka-muka. Ini kerana disebalik kempen beliau untuk kebebasan bersuara, beliau menggunakan cara yang amat tidak beretika untuk menutup mulut mereka yang membicarakan segala kepincangannya.

8. Ingin saya tegaskan sekali lagi, saya tidak gentar dengan ugutan ini dan akan terus bersuara untuk kepentingan agama, bangsa dan tanahair.

Sekian, Terima Kasih.

ANUAR SHAARI

Sunday, July 25, 2010

KHALID PEMBOHONG DAKWA BARU TAHU KES CURI PASIR BERLELUASA

Khalid Gugup baru tahu/sedar tentang kes curi pasir yang berleluasa di Selangor?? Lerr...selama ni duk wat pe? makan gaji buta ker? takkan nak jadi mcm MB Azizan Razak plak? Asyik jawab 'aku mana tau aihhh..hangpa
x habag mai kat aku pun...' kahkah!

Khalid gagap berkata dia baru tahu yang kes curi pasir berleluasa di Selangor. Dasar munafik punya manusia, sudah bertahun orang bising pasal kes curi pasir di Selangor, tiba-tiba dia kata dia baru tahu. Tak mungkin sebagai seorang yang mengetuai sebuah kerajaan dua tahun lebih perkara ini tidak sampai ke pengetahuannya.
Sebenarnya dia bukan tidak tahu, malah dia terlebih tahu. Oleh kerana nak menyelamatkan dirinya , maka alasan itu yang diberinya. Sedangkan sejak dua tahun lepas sudah berapa banyak pasir Selangor yang dicuri.

Yang ini pula kisah menipu rakyat. Kononnya hendak merakyatkan ekonomi Selangor dan hendak pulangkan balik hasil negeri kepada rakyat. Dapat memerintah negeri ibarat beruk mendapat bunga. Dijanjikan kepada rakyat kononnya mereka akan kutip hasil pasir sebanyak RM 127 juta setahun, tiba-tiba dapat RM 5.7 juta sahaja.

Bukan sedikit sasarannya lari, jika setakat kurang 20-30 % mungkin boleh masuk akal lagi. Tetapi ini kurang sebanyak 95.5 % daripada yang mereka laungkan kepada rakyat. Mereka hanya dapat kutip 4.5 % sahaja daripada apa yang ditemberangnya.

Di zaman kerajaan BN memerintah Selangor, mereka dapat kutip sebanyak RM 22 juta setahun hasil pasir. Kononnya PKR lebih cekap dari BN maka mereka akan dapat kutip sebanyak RM 127 juta setahun. Temberang saja lebih.

Saya nak beritahu kepada anda, di zaman BN aktiviti perlombongan pasir di tanah kerajaan tidak dibenarkan. Hanya di tanah persendirian sahaja. Ini kerana kerajaan BN tidak mahu membazirkan tanah. Apabila tanah telah menjadi lombong pasir , maka tanah itu tidak boleh digunakan lagi untuk sebarang pembangunan di masa depan. Ianya hanya kekal menjadi lombong sampai dunia kiamat. Makin hari rakyat makin ramai, 20-30 tahun lagi jika semua tanah kerajaan telah menjadi lombong, dimana kita nak bina rumah ? dalam lombong ?

Hasil yang dikutip oleh Kerajaan BN sebanyak RM 22 juta setahun adalah hasil yang dikutip dari perlombongan pasir di tanah persendirian. Kerajaan PKR dapat kutip hanya RM 5.7 juta dari tanah persendirian + tanah kerajaan + pasir sungai . Apa ke jadah ni ?

Kerajaan BN tidak perlu tubuhkan anak syarikat kerajaan negeri untuk kutip hasil pasir, tetapi mereka mampu kutip RM 22 juta. Kerajaan PKR tubuh Kumpulan Semesta dan perniagaan pasir dimonopoli oleh mereka tapi dapat kutip hanya RM 5.7 juta. Apa punya harami ni ?

Dalam masa 20-30 tahun lagi, kalau anak cucu kita tidak ada tanah lagi nak buat rumah kerana semua tanah kerajaan sudah jadi lombong, maka pada masa itu minta anak cucu kita pergi kencing atas kubur Khalid Ibrahim dan Yakob SaFari.

Sudah lah hasil yang dikutip hanya RM 5.7 juta kemudian boleh lagi bayar bonus untuk enam bulan. Apa punya sial ni ?

Ini nak merakyatkan ekonomi Selangor atau nak merakyatkan ekonomi kroni. Anda semua perlu tahu, kebanyakan kakitangan atasan Semesta adalah kroni-kroni Khalid Ibrahim semasa di Guthrie.

Tak masuk akal langsung, sebuah syarikat baru boleh bayar bonus enam bulan. Tindakan mereka membayar bonus sebanyak itu adalah untuk keuntungan kroni-kroni peringkat atasan. Yang banyak terima bonus adalah bos-bos peringkat atasan, Pekerja bawah hanya terima sikit sahaja walaupun enam bulan.

Bos-bos gaji berpuluh ribu sebulan. Jika RM 10 ribu sebulan X 6 bulan= RM 60 ribu. Manakala pekerja bawahan yang gaji yang gaji RM 1 ribu sebulan X 6 bulan = RM 6 ribu sahaja.

Untuk menghalalkan tindakan mereka dapat RM 60 ribu maka mereka turut sama bagi kepada pekerja bawahan RM 6 ribu.

Khalid Ibrahim mesti tahu punya perkara ini kerana Semesta anak syarikat kerajaan negeri. Tidak munasabah langsung jika Semesta tidak merujuk kepada beliau terlebih dahulu sebelum bayar bonus enam bulan.

Nak merakyatkan ekonomi Selangor kononnya, boleh belah lah. Kroni-kroni MB balun bonus sampai enam bulan, rakyat di bawah duduk jaja bil air yang dapat potongan hanya RM 11.00.

Ada orang PKR hubungi saya minta saya balun Selcat kerana kononnya DAP melalui Teng Chang Kim menghina orang-orang melayu termasuk Yakop SaFari dalam kes yang sedang dijalankan sekarang.

Jawab saya, mengapa mengadu kepada saya. Pergilah mengadu kepada Hassan Ali. Dulu waktu kami bising-bising pasal kakitangan kerajaan melayu dihina oleh Teng Chang Kim, kamu tak peduli pun kepada kami. Sudah lama kami nampak yang Selcat itu ada agenda jahat, tetapi pada waktu itu kamu semua menafikan dan mengatakan BN jahat, BN rasuah dan sebagainya.

Sekarang bila sudah kena atas batang hidung sendiri, mulalah lemas dan mulalah mencari talian hayat dengan orang-orang BN. Pergi mampus kamu.....

MEDIA BARAT HENTAM ANUAR

Media Barat Hentam Anwar Ibrahim.!

Artikel portal antarabangsa The Daily Caller yang menghentam Anwar Ibrahim kerana bersikap chameleon yang berubah-ubah pendirian mengikut keperluan politik beliau.

Another recent convert to the chameleon cause is Anwar Ibrahim. From 1993-98, Mr. Anwar served as Deputy Prime Minister of Malaysia.

After losing a power struggle with Prime Minister Mahatir Mohamad, Anwar was removed from power and imprisoned. During his years of incarceration, Anwar became a cause célèbre for human rights advocates.

After his release in 2004, Anwar hit the international circuit, which included stints at the World Bank and lecturing positions at Oxford University, Johns Hopkins and Georgetown. His official bio on one website described him as “one of the forefathers of the Asian Renaissance”, “a leading proponent of greater cooperation among civilizations” and “an authoritative voice in bridging the gap between East and West.

Anwar has returned to Malaysian politics and serves in the opposition. While the foreign policy of Malaysia’s current government is fairly in tune with U.S. and western policy, Anwar has decided that pro-Western sentiment does not serve his current political interests.He has begun preaching a conspiratorial rhetoric of anti-American and anti-Semitic nature. Particularly since the Malaysian government hired an American communications firm, Anwar has suggested that Israeli spies are directly involved in the running of the Malaysian government.

He claims that the recent meeting between President Obama and Prime Minister Najib Razak of Malaysia was arranged by the influential “Jewish-linked” company which has resulted in Malaysia subservience to the U.S. These statements will obviously shock Mr. Anwar’s supporters in the West, which include former Vice President Al Gore.

They will provoke questions: have Anwar’s words been taken out of context? Perhaps they can be subject to interpretation?

Is one failing to read between the lines?
Anwar’s statements are blatantly clear and direct. His rhetoric represents an unmistakable case of raw political opportunism and much more. Although opportunism is an inevitable fact of politics, it also has its limits.

Particularly when degenerating into unacceptable demagoguery with obvious racist overtones. How did Anwar’s transformation from reformer to rabble-rouse occur? The reality is that he probably always held these views. Over the years, he just simply tailored his message to different audiences according to necessity. - M.I.M
Penduduk Lembah Klang PROTES kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor!!

Penduduk disekitar Lembah Klang sudah mula menunjukkan protes mereka dengan memasang banner di sepanjang jalan lembah Keramat. Jika anda melalui jalan sekitar Keramat AU2 dan U3! anda akan melihat banner-banner tersebut. Ini semua adalah ekoran kepimpinan kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat tidak memahami dan prihatin dengan
masalah rakyat dikawasan tersebut.

Saturday, July 24, 2010

GELOMBANG SELAMATKAN SELANGOR DARUL EHSAN

AYUH PENDUDUK DI DUN IJOK DAN RAKYAT SELANGOR DATANG LA BERAMAI-RAMAI KE SIRI ROADSHOW SELAMATKAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

KELUARGA INDIA DI DUN IJOK TERABAI

KUALA SELANGOR 7 Feb. - Kira-kira 300 keluarga miskin keturunan India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok di sini hidup dalam kesempitan kerana didakwa tidak dipedulikan oleh kerajaan negeri dan wakil rakyat mereka yang juga Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kesemua keluarga itu yang sebahagiannya merupakan pekerja estet dan mempunyai pendapatan sekitar RM500 sebulan juga tidak lagi mendapat bantuan daripada kerajaan negeri seperti yang dilakukan semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, K. Parthiban (gambar) mendakwa, nasib keluarga ini memang malang kerana diabaikan oleh wakil rakyat mereka yang hanya menumpukan tugasnya sebagai Menteri Besar.

Beliau mendakwa, apabila penduduk ini pergi ke pejabat wakil rakyat untuk meminta bantuan dan mengadu masalah, mereka tidak dilayan.

Menurut Parthiban, janji kerajaan negeri untuk membantu dan menjaga kebajikan semua rakyat berbilang kaum nampaknya cakap kosong kerana hanya orang tertentu yang mendapat perhatian.

''Jika dahulu semasa pemerintahan BN, keluarga miskin keturunan India ini akan mendapat bantuan dua kali sebulan daripada kerajaan negeri berupa makanan berjumlah RM50.

''Tapi kini nak dapat bantuan setahun sekali pun susah. Akhirnya mereka mengadu kepada kita dan minta bantuan kita (BN)," kata bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok itu kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kata Parthiban, beliau kesal dengan sikap Abdul Khalid yang mengabaikan penduduk di kawasannya sendiri kerana sebagai wakil rakyat beliau sepatutnya peka dengan masalah masyarakat di bawah tanggungjawabnya.

Ujar beliau, jika Abdul Khalid tidak berupaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat kerana sibuk dengan tugas sebagai Menteri Besar sahaja, beliau sepatutnya meletak jawatan sahaja bagi memberi laluan kepada orang lain.

''Jangan apabila ada majlis anjuran kerajaan negeri, beliau berjanji akan menjaga kebajikan masyarakat berbilang kaum tanpa mengira fahaman politik tetapi apabila tiba waktu rakyat mahu menemuinya beliau tiada.

''Memang ada majlis di Ijok dan kadangkala beliau hadir, tetapi setakat hadir sahaja tetapi tidak dapat mendengar keluhan masyarakat buat apa.

''Inilah sikap Menteri Besar yang hanya tahu bercakap tetapi tidak mengambil tahu masalah yang berlaku. Apabila kita buat aduan beliau akan kata ini ada kaitan dengan agenda politik. Senangnya beliau memberikan alasan untuk mengelak tanggungjawabnya," katanya.

KHALID GAGAP TUTUP YBK

Bayangkan kerajaan kepimpinan Khalid.

Pembinaan UiTM Serendah di Kuala Selangor oleh YBK yang boleh membantu menguatkan kewangan YBK digagalkan.

Initentu boleh membantu rakyat2 dari keluarga2 miskin dengan perumahan,pelajaran untuk anak-anak, meningkatkan kemahiran, mencari peluangpekerjaan, dan lain-lain program.

Pembangunan UiTM boleh memberi pelajaran tinggi kepada 5,000 anak2 Melayu.

Ia membayar cukai yang tertunggak dan menambahkan pendapatan cukai Majlis Tempatan.

Dapat membangunkan akviti ekonomi dengan segeranya mengisi rumah2 yang banyak kosong di Serendah.

TAPIotak Khalid yang hati sudah jadi kaudut kerana dipengaruhi diktator,cauvanis dan komunis serta gangster disekelilingnya, dia lebih relameluluskan tanah-tanah kubur Cina di kawasan itu.

Kenapa surat2kelulusan kubur2 ini ditunjukan kepada nama2 orang tertentu dan Melayupula? GAP tidak letak gambar2 yang boleh dibesarkan di blognya. Kenapa?Itukah sebab dia masih membebel mengani sikap UMNO.

Dari membinaperumahan untuk yang hidup dan banyak komplen nanti, adakah biznesmanini rasa lebih menguntungkan membina kubur untuk yang mati dan takboleh cakap lagi? Siapa agaknya orang2 yang ditujukan surat2 ini. Bacadi GAP sini.

YBKbukan saja digagalkan, tapi di hina dan difitnah kononnya adapenyelewengan. Khlaid gagap fitnah tanpa ada bukti. Kenapa kita katatak ada bukti?

Dia cuma kata akan keluarkan dokumen dari OSAuntuk dedahkan maklumat. Baru nak keluarkan dokumen untuk kaji dan barunak hantar odit, dia sudah boleh fitnah kah????

Usah main wayangmahu hantar audit kerajaan negeri untuk odit YBK padahal dia bukan ROSatau pejabat Peguam Negara. Tunjuk undang2 mana dia boleh masuk odit?Bila ditahan, dia akan kata YBK ada benda nak sorok.

Projek 1995 yang tidak jadi diungkit dan dituduh ini dan itu yang mana tak betul.

Pakatan Rakyat Selangor: Cina yang mati lebih utama dari pelajaran anak bangsa dan pembangunan kawasan.

Kita tengok penerimaan rakyat kalau Parlimen Kuala Selangor by-election. Hint hint ... tolong hebahkan isu YBK.

BolehkahElizabeth Wong aka eli bogel halau UMNO masuk ke Sungai Bernam? Hai si dodah sanadodah sini, kawasan itu untuk MIC lah!!! Kalau nak halau, sindiribertanbdinglah. Berani ke gelfren Khalid?