
                GEMPAR : KENYATAAN MEDIA ANUAR SHARI!
1.  Saya merujuk kepada laporan polis yang telah dibuat oleh Datuk  Nallakarupan pada 24 Julai 2010 di Balai Polis Brickfields berhubung  ugutan peguam Manjeet Singh Dhillon "yang mahu memotong kepala saya dan  berjalan di jalan raya". Laporan polis tersebut telah mendapat liputan  medi...a cetak dan elektronik di dalam negara.
2.  Semua rakyat Malaysia dijamin hak mereka dalam perlembagaan termasuklah  dalam hal kebebasan bersuara. Namun semua rakyat Malaysia juga  tertakluk kepada undang-undang negara termasuklah Ketua Pembangkang dan  pengamal undang-undang yang saya pasti lebih tahu kesan dari perbuatan  dan percakapan mereka.
3. Saya menegaskan bahawa tidak gentar  samasekali dengan ugutan tersebut dan menyerahkan sepenuhnya kepada  pihak berkuasa untuk menangani isu ugutan ini. Ini kerana saya  berkeyakinan penuh terhadap sistem keselamatan dan keadilan negara  memberi keadilan kepada rakyatnya.
4. Perlu saya tegaskan di  sini bahawa saya bertanggungjawab penuh dengan kenyataan yang telah saya  buat meminta Manjeet, Amarjit dan Americk Singh membuat penjelasan  tentang hubungan mereka dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya akan tetap  kekal berada di dalam negara dan tidak akan lari ke luar negara atau  berlindung di mana-mana kedutaan asing walaupun telah mendapat ugutan  bunuh dari Manjeet Singh Dhillon.
5. Saya juga amat hairan dengan  sikap Manjeet yang beria-ia tidak mahu dikaitkan dengan Datuk Seri  Anwar. Apakah ini kerana beliau takut dengan pendedahan ini, masyarakat  Malaysia akan dapat melihat kaitan Datuk Seri Anwar dengan Raja Petra  Kamarudin dan P. Balasubramaniam. Jika ini dapat dikaitkan, maka akan  terbongkarlah siapa penaja sebenar Raja Petra dan Balasubramaniam di  luar negara.
6. Namun saya kira penafian Manjeet ini sudah  terlambat. Ini kerana rakyat Malaysia sudah matang menilai serta boleh  melihat kaitan di antara Datuk Seri Anwar serta PKR dengan Raja Petra  dan Balasubramaniam dalam misi mereka memburuk-burukkan imej Malaysia  dari luar negara.
7. Episod ugut ini juga mendedahkan 'Harapan  Baru Buat Malaysia' anjuran Datuk Seri Anwar iaitu politik ugut dan  saman serta politik bermuka-muka. Ini kerana disebalik kempen beliau  untuk kebebasan bersuara, beliau menggunakan cara yang amat tidak  beretika untuk menutup mulut mereka yang membicarakan segala  kepincangannya.
8. Ingin saya tegaskan sekali lagi, saya tidak  gentar dengan ugutan ini dan akan terus bersuara untuk kepentingan  agama, bangsa dan tanahair.
Sekian, Terima Kasih.
ANUAR SHAARI
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment