
Lagi Hak Orang Melayu cuba dikikis oleh DAP!!!
" Mansuh diskaun hartanah "...
Ahli  Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mencadangkan agar kerajaan  negeri memansuhkan dasar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan  hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor. Katanya, langkah itu  mampu memberi kesan ekonomi yang l...ebih  baik kepada kerajaan Selangor dari segi persaingan termasuk  meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah di negeri itu.
Menurutnya,  tidak ada sebab diskaun bumiputera dikekalkan melibatkan kedua-dua  jenis hartanah itu kerana sudah tentu bumiputera yang terlibat dalam  pemilikan tersebut adalah mereka yang berkemampuan. ''Jadi adalah wajar  diskaun kepada bumiputera untuk pemilikan hartanah ini tidak dikekalkan  kerana ia melibatkan nilai yang tinggi.
''Maknanya, bumiputera  perlu berdikari dalam soal pemilikan hartanah berkenaan," katanya ketika  dihubungi di sini hari ini. Menurut Tony, pemansuhan diskaun itu mampu  memberi kesan positif kepada ekonomi Selangor kerana selain mewujudkan  nilai hartanah yang stabil ia juga menjadikan pasaran lebih adil. Beliau  berkata, sekiranya projek pembangunan hartanah itu melibatkan  penglibatan kerajaan negeri, pemansuhan diskaun memberi keuntungan  kepada kerajaan negeri berdasarkan nilai pasaran semasa dan hasilnya  boleh disalurkan membantu pihak lebih memerlukan.
Bagaimanapun,  katanya, cadangan tersebut hanya melibatkan nilai hartanah melebihi  RM500,000 ke atas. Tony yang juga Penasihat Ekonomi kepada Setiausaha  Agung DAP turut mengkritik pelaksanaan diskaun itu yang disifatkannya  tidak adil kerana mungkin digunakan oleh pihak tertentu untuk mengaut  keuntungan. ''Diskaun sebanyak tujuh peratus itu membolehkan pihak  tertentu khususnya orang tengah mendapatkan hartanah dengan harga rendah  kemudian dijual pada harga lebih tinggi,'' katanya.
Beliau  turut mencadangkan agar kerajaan negeri mengkaji semula pemberian tanah  kepada anak syarikatnya yang dilihat tidak membantu dalam pembangunan  hartanah di Selangor. Menurutnya, kerajaan negeri didapati mempunyai  kira-kira 50 hingga 80 anak syarikat yang kesemuanya terlibat dengan  pembangunan hartanah di negeri ini. ''Keadaan ini menunjukkan kerajaan  negeri memberi subsidi kepada banyak anak syarikat untuk mendapatkan  tanah yang murah bagi menjalankan pembangunan berkenaan. ''Keadaan ini  tidak akan menjadikan sektor hartanah di Selangor kompetitif," katanya.
Apa sebenarnya muslihat DAP ???
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment