
Khalid Gugup baru tahu/sedar tentang kes curi pasir yang berleluasa di  Selangor?? Lerr...selama ni duk wat pe? makan gaji buta ker? takkan nak  jadi mcm MB Azizan Razak plak? Asyik jawab 'aku mana tau aihhh..hangpa
x habag mai kat aku pun...' kahkah!
Khalid  gagap berkata dia baru tahu yang kes curi pasir berleluasa di Selangor.  Dasar munafik punya manusia, sudah bertahun orang bising pasal kes curi  pasir di Selangor, tiba-tiba dia kata dia baru tahu. Tak mungkin  sebagai seorang yang mengetuai sebuah kerajaan dua tahun lebih perkara  ini tidak sampai ke pengetahuannya.
Sebenarnya dia bukan tidak tahu,  malah dia terlebih tahu. Oleh kerana nak menyelamatkan dirinya , maka  alasan itu yang diberinya. Sedangkan sejak dua tahun lepas sudah berapa  banyak pasir Selangor yang dicuri.
Yang ini pula kisah menipu  rakyat. Kononnya hendak merakyatkan ekonomi Selangor dan hendak  pulangkan balik hasil negeri kepada rakyat. Dapat memerintah negeri  ibarat beruk mendapat bunga. Dijanjikan kepada rakyat kononnya mereka  akan kutip hasil pasir sebanyak RM 127 juta setahun, tiba-tiba dapat RM  5.7 juta sahaja.
Bukan sedikit sasarannya lari, jika setakat  kurang 20-30 % mungkin boleh masuk akal lagi. Tetapi ini kurang sebanyak  95.5 % daripada yang mereka laungkan kepada rakyat. Mereka hanya dapat  kutip 4.5 % sahaja daripada apa yang ditemberangnya.
Di zaman  kerajaan BN memerintah Selangor, mereka dapat kutip sebanyak RM 22 juta  setahun hasil pasir. Kononnya PKR lebih cekap dari BN maka mereka akan  dapat kutip sebanyak RM 127 juta setahun. Temberang saja lebih.
Saya  nak beritahu kepada anda, di zaman BN aktiviti perlombongan pasir di  tanah kerajaan tidak dibenarkan. Hanya di tanah persendirian sahaja. Ini  kerana kerajaan BN tidak mahu membazirkan tanah. Apabila tanah telah  menjadi lombong pasir , maka tanah itu tidak boleh digunakan lagi untuk  sebarang pembangunan di masa depan. Ianya hanya kekal menjadi lombong  sampai dunia kiamat. Makin hari rakyat makin ramai, 20-30 tahun lagi  jika semua tanah kerajaan telah menjadi lombong, dimana kita nak bina  rumah ? dalam lombong ?
Hasil yang dikutip oleh Kerajaan BN  sebanyak RM 22 juta setahun adalah hasil yang dikutip dari perlombongan  pasir di tanah persendirian. Kerajaan PKR dapat kutip hanya RM 5.7 juta  dari tanah persendirian + tanah kerajaan + pasir sungai . Apa ke jadah  ni ?
Kerajaan BN tidak perlu tubuhkan anak syarikat kerajaan  negeri untuk kutip hasil pasir, tetapi mereka mampu kutip RM 22 juta.  Kerajaan PKR tubuh Kumpulan Semesta dan perniagaan pasir dimonopoli oleh  mereka tapi dapat kutip hanya RM 5.7 juta. Apa punya harami ni ?
Dalam  masa 20-30 tahun lagi, kalau anak cucu kita tidak ada tanah lagi nak  buat rumah kerana semua tanah kerajaan sudah jadi lombong, maka pada  masa itu minta anak cucu kita pergi kencing atas kubur Khalid Ibrahim  dan Yakob SaFari.
Sudah lah hasil yang dikutip hanya RM 5.7 juta kemudian boleh lagi bayar bonus untuk enam bulan. Apa punya sial ni ?
Ini  nak merakyatkan ekonomi Selangor atau nak merakyatkan ekonomi kroni.  Anda semua perlu tahu, kebanyakan kakitangan atasan Semesta adalah  kroni-kroni Khalid Ibrahim semasa di Guthrie.
Tak masuk akal  langsung, sebuah syarikat baru boleh bayar bonus enam bulan. Tindakan  mereka membayar bonus sebanyak itu adalah untuk keuntungan kroni-kroni  peringkat atasan. Yang banyak terima bonus adalah bos-bos peringkat  atasan, Pekerja bawah hanya terima sikit sahaja walaupun enam bulan.
Bos-bos  gaji berpuluh ribu sebulan. Jika RM 10 ribu sebulan X 6 bulan= RM 60  ribu. Manakala pekerja bawahan yang gaji yang gaji RM 1 ribu sebulan X 6  bulan = RM 6 ribu sahaja.
Untuk menghalalkan tindakan mereka dapat RM 60 ribu maka mereka turut sama bagi kepada pekerja bawahan RM 6 ribu.
Khalid  Ibrahim mesti tahu punya perkara ini kerana Semesta anak syarikat  kerajaan negeri. Tidak munasabah langsung jika Semesta tidak merujuk  kepada beliau terlebih dahulu sebelum bayar bonus enam bulan.
Nak  merakyatkan ekonomi Selangor kononnya, boleh belah lah. Kroni-kroni MB  balun bonus sampai enam bulan, rakyat di bawah duduk jaja bil air yang  dapat potongan hanya RM 11.00.
Ada orang PKR hubungi saya minta  saya balun Selcat kerana kononnya DAP melalui Teng Chang Kim menghina  orang-orang melayu termasuk Yakop SaFari dalam kes yang sedang  dijalankan sekarang.
Jawab saya, mengapa mengadu kepada saya.  Pergilah mengadu kepada Hassan Ali. Dulu waktu kami bising-bising pasal  kakitangan kerajaan melayu dihina oleh Teng Chang Kim, kamu tak peduli  pun kepada kami. Sudah lama kami nampak yang Selcat itu ada agenda  jahat, tetapi pada waktu itu kamu semua menafikan dan mengatakan BN  jahat, BN rasuah dan sebagainya.
Sekarang bila sudah kena atas  batang hidung sendiri, mulalah lemas dan mulalah mencari talian hayat  dengan orang-orang BN. Pergi mampus kamu.....